fbpx

[VIDEO] Istana Presiden nafi Prabowo minum wain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRABOWO minum air epal di majlis makan malam, Rabu lalu. - Foto YouTube

JAKARTA – Istana Negara menafikan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto minum wain dalam jamuan makan malam bersama rakan sejawat dari Perancis, Emmanuel Macron, lapor portal berita Bisnis.com hari ini.

Sekretariat Kabinet, Teddy Indra Wijaya berkata, Prabowo dan para tetamu mengangkat gelas berisi jus epal berkarbonat  semasa minum ucap selamat. 

“Oh itu (minuman) Sparkling Apple Cider, 100 peratus jus buah epal. Bukan wain ya dan tidak mengandung alkohol,” kata  Teddy kepada wartawan melalui mesej teks. 

Sebelum ini, heboh di media sosial yang mempersoalkan sama ada Prabowo minum minuman keras dalam majlis makan malam itu. 

Teddy berkata, minuman tersebut memang secara khusus dipilih untuk acara minuman ucap selamat dalam majlis makan malam kerana bebas alkohol. 

Sebelum makan malam itu, Prabowo mengadakan majlis jamuan makan malam negara  sebagai bentuk penghormatan atas kunjungan Macron dan isterinya, Brigitte Macron di Istana Negara, Jakarta,  Rabu lalu. – AGENSI

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Catch Vox (@catchvox)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI