NEW DELHI – Satu kemalangan kecil di negeri Kerala mencuri tumpuan apabila seekor gajah digunakan untuk menarik sebuah kenderaan utiliti sukan(SUV) yang terkandas, keluar dari dasar sungai, lapor portal berita India Today semalam.
Klip video pendek kejadian yang disiarkan oleh pengguna Instagram, Said Alavikoya itu kemudian tular di media sosial dan mencatatkan lebih dua juta tontonan.
Kenderaan Toyota Fortuner putih itu terperangkap di dasar sungai dengan tiga rodanya tenggelam.
Harapan untuk membebaskan SUV itu hampir pudar sehinggalah bantuan tiba iaitu seekor gajah jantan bersama pengembalanya.
Menggunakan tali diikat pada gandar hadapan kenderaan, gajah itu menarik SUV dengan belalainya di bawah arahan gembala.
“Gajah kecil kami,” demikian menurut kapsyen dalam klip video itu.