fbpx

‘Diharamkan masuk Singapura seumur hidup, siapa suruh saya bodoh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TONY masih menunggu keputusan rayuan permohonan kebenaran masuk ke Singapura yang dilakukan secara dalam talian. - SADDAM YUSOF

GARA-GARA pernah dipenjarakan akibat kes dadah di Singapura, pelakon Tony Eusoff mendedahkan dia diharamkan daripada memasuki negara seberang tambak itu seumur hidup.

Menurut Tony atau nama sebenarnya Anthony Joseph anak Hermas Rajiman, 48, untuk mendapatkan kebenaran agar boleh masuk semula ke Singapura, dia perlu membuat permohonan secara dalam talian.

“Setakat ini sudah tiga empat kali juga saya mohon. Tetapi belum ada apa-apa respons. Saya tak salahkan sesiapa. Semua yang berlaku adalah salah saya sendiri. Siapa suruh saya bodoh ketika itu.

“Saya akui saya yang tidak menghormati undang-undang negara mereka. Dah berani buat, kena berani tanggung. Saya reda dan jalani hukuman penjara di sana.

“Tetapi saya bersyukur kerana dibebaskan tiga bulan lebih awal. Saya percaya setiap yang berlaku ada hikmah. Saya jadikan perkara tersebut sebagai pengajaran dalam hidup saya,” katanya ketika ditemui di tayangan perdana filem Mencari Ramlee, di sini, semalam.

Biarpun telah diharamkan untuk masuk ke Singapura, tetapi Tony bersyukur kerana drama lakonannya tetap ditayangkan di sana.

“Saya dapat tawaran berlakon daripada produksi di sana. Raihan iaitu pengarah filem La Luna melamar saya untuk karya arahannya yang ditayangkan di stesen televisyen di Singapura.

“Yang lebih membuatkan saya terharu mereka sanggup datang ke Malaysia untuk rakam babak saya.

“Dan lebih pelik bila saya menang anugerah menerusi lakonan saya dalam drama tersebut. Hidup ini kadang-kadang memang pelik,” jelasnya.

Untuk rekod, Tony pernah dijatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan di Singapura pada April 2016 atas kesalahan memiliki dadah terkawal kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI