fbpx

Bekas Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili dijel 20 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zulfadli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Johor Bahru hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Bekas Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili dijatuhi hukuman penjara 20 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menerima suapan RM10,000, lima tahun lalu.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Mohd. Zulfadli Nayan, 44, di akhir kes pembelaan. Hukuman penjara itu diarahkan berjalan mulai hari ini.

“Setelah mendengar dan menimbangkan semua keterangan yang dikemukakan, mahkamah berpendapat tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

“Mahkamah memutuskan tertuduh didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan,” kata hakim itu.

Sebelum itu, peguam Mohd. Fazaly Ali Mohd. Ghazaly memohon hukuman berbentuk denda atas alasan anak guamnya mempunyai empat anak berusia tiga hingga 11 tahun.

Menurutnya, tertuduh ditahan kerja sejak 23 Mei 2021 dan kini bekerja sebagai pemandu e-hailing dan kerja pendawaian elektrik dengan gaji RM2,000 hingga RM3,000 sebulan bergantung permintaan pelanggan dan kesihatannya.

“Tertuduh ada sakit gout, migrain yang serius dan gastrik yang mana dia mengambil ubat-ubatan secara berkala,” katanya.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd. Zulfadli didakwa menerima suapan tunai RM10,000 daripada pemilik syarikat perkapalan di sebuah restoran di Jalan Yahya Awal di sini, pada pukul 10 malam, 2 Oktober 2020.

Suapan itu sebagai balasan supaya tertuduh untuk tidak mengambil tindakan terhadap siasatan kapal MT Singa Gangsa milik Alamgala Resources Sdn. Bhd. yang ditahan KM Mulia, Zon Tanjung Sedili pada 17 September 2020. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI