fbpx

Beban kerja tinggi di HRPZ II bukan rungutan kosong – Dzulkefly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly melakukan lawatan ke HRPZ II di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

PETALING JAYA – Beban kerja yang tinggi di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu, Kelantan bukan rungutan kosong.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, beliau mendengar sendiri luahan jujur daripada mereka yang menjadi tulang belakang sistem kesihatan awam di HRPZ II.

“Saya duduk bersama hampir semua ketua jabatan untuk mendengar sendiri pandangan, keluhan dan cadangan mereka. Saya percaya laporan rasmi sahaja tidak cukup.

“Kita mesti turun padang, menilai realiti di lapangan dan memahami denyut nadi warga kerja Kementerian Kesihatan (KKM) sendiri.

“Antara isu dibangkitkan termasuk kekangan sumber manusia, beban kerja yang tinggi dan gejala ‘burnout’ dalam kalangan petugas. Ini bukan rungutan kosong,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dzulkefly mereka, segala isu yang dibangkitkan oleh warga HRPZ II kini dalam penelitian dan perhatian serius beliau bersama pasukan di KKM untuk di tangani sebaik mungkin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI