fbpx

‘Bayar separuh dulu, rock habis-habisan nanti!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Membuka peluang semua kaki rock mengikuti Rockology Concert Tour 2025, RPM Events menawarkan pelan bayaran mudah dengan pendahuluan sebanyak 50 peratus bagi tempahan tiket.

Pengarah RPM Events, Datuk Eddy Amir Salim, berkata inisiatif diperkenalkan bagi menyaksikan persembahan mega gandingan ikon rock, Datuk Awie bersama Search KidDin itu secara tidak langsung membantu peminat merancang kewangan mereka.

“Rock untuk semua. Kami mahu peminat berpeluang untuk ‘lock’ tempat duduk mereka lebih awal tanpa dibebani isu kewangan dengan adanya pelan bayaran mudah sebegini.

“Kami memahami keadaan ekonomi semasa dan mahu memberi peluang kepada lebih ramai peminat untuk bersama-sama merasai kehangatan konsert ini.

“Kemudahan ini merupakan peluang orang ramai menjadi sebahagian daripada sejarah konsert besar seperti Rockology Concert Tour 2025 ini menerusi 50 peratus bayaran pendahuluan dan baki dilunaskan selewat-lewarnya tujuh hari sebelum acara,” katanya.

Menurutnya, peminat hanya perlu memilih opsyen bayaran 50-50 semasa proses pembelian tiket di platform rasmi UberTickets selain perlu mematuhi syarat ditetapkan.

“Tiket yang tidak diselesaikan bayaran penuh selepas tempoh yang ditetapkan akan dianggap batal, manakala bayaran pendahuluan tidak akan dikembalikan,” ujarnya.

Rockology Concert Tour 2025 bakal menjelajah ke Midtown PERDA, Pulau Pinang pada 21 Jun 2025 disusuli EduCity Sports Complex, Johor pada 5 Julai 2025.

Tiket berharga bermula RM98 sehingga RM218 ditawarkan di Pulau Pinang, manakala di Johor kadarnya adalah antara RM98 hingga RM350.

Selain itu, penganjur turut mengalu-alukan sokongan penaja korporat serta rakan jenama yang ingin turut sama-sama menjayakan Rockology Concert Tour 2025.

Penajaan ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada jenama di hadapan ribuan penggemar muzik rock, malah membuka peluang kolaborasi dalam bentuk promosi, aktivasi jenama di lokasi konsert, serta liputan media nasional.

“Ini peluang keemasan bagi jenama atau syarikat yang mahu terlibat secara langsung dalam produksi konsert berskala nasional bersama artis legenda negara.

“Kami sedia berbincang dengan mana-mana pihak yang berminat memberi sokongan terhadap industri hiburan tempatan kerana ini bukan sekadar konsert, sebaliknya satu gerakan dengan semangat rebel dan energi rock,” tambahnya.

Rockology Concert Tour 2025 dijangka mencetuskan gelombang nostalgia dan semangat rock yang membara, dengan produksi pentas berkualiti tinggi, sistem bunyi kelas dunia dan persembahan penuh tenaga.

Sebarang maklumat lanjut atau tempahan boleh layari https://rpm.ubertickets.asia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI