fbpx

Bas ekspres terbakar seret motosikal, 29 penumpang selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian bas ekspres terbakar di KM 406 arah utara berhampiran Kamunting malam tadi. - IHSAN JBPM PERAK

TAIPING – Seramai 29 penumpang bas sebuah bas ekspres cemas apabila kenderaan yang dinaiki terbakar di Kilometer 406, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Kamunting di sini malam tadi.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sayani Saidon, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 9.16 malam dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting serta Taiping dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi pada pukul 9.50 malam, pihak kami mendapati sebuah bas ekspres marak terbakar selepas dipercayai menyeret sebuah motosikal Yamaha LC V2 yang terbabas di laluan tersebut.

Kejadian bas ekspres terbakar di KM 406 arah utara berhampiran Kamunting malam tadi. – IHSAN JBPM PERAK

“Nahas menyebabkan kebakaran besar, namun kesemua 28 penumpang dan pemandu bas berjaya menyelamatkan diri sebelum ketibaan pihak bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, seorang penunggang motosikal cedera ringan dan dihantar ke hospital menggunakan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI