fbpx

[VIDEO] ‘Abang CCTV & Wiring’, cikgu wanita didenda RM10,000 mengaku skandal seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEDUA-DUA tertuduh didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, hari ini atas pertuduhan cuba melakukan zina.

MELAKA – Lelaki digelar ‘Abang CCTV & Wiring’ dan guru wanita yang tular kisah skandal seks mereka didenda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini selepas mengaku salah atas pertuduan cuba melakukan zina, 28 Februari lalu.

Hakim Syarie Mohd. Yunus Mohamad Zin menetapkan hukuman itu terhadap Muhammad Hairul Ezuan Hamzah, 31, dan Nur Fadilah Zainal, 31, yang membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didapati telah melakukan percubaan persetubuhan haram dengan yang bukan isteri atau suaminya yang sah di sisi syarak.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Bukit Emas, Sungai Petai dalam daerah Alor Gajah di sini kira-kira pukul 9 malam, 28 Februari lalu.

Kesalahan dibawah Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 yang memperuntukan kesalahan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara maksimum 36 bulan atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, tertuduh lelaki merayu agar hukuman terhadapnya diringankan dengan alasan dia telah bertaubat, manakala Nur Fadilah memberitahu dia merupakan penanggung tunggal anak lelakinya berusia empat tahun.

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 setiap seorang atau enam bulan penjara jika gagal bayar.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Melaka, Atras Mohamad Zin dibantu pendakwa syarie Radzwan Abdullah.

Baru-baru ini tular di media sosial berkaitan skandal seks seorang guru wanita dengan lelaki berstatus suami orang digelar “Abang CCTV & Wiring”.

Kontroversi itu tercetus apabila beberapa tangkap layar aplikasi WhatsApp memaparkan perbualan berunsur lucah didakwa pasangan itu ditularkan oleh isteri kepada lelaki berkenaan.

Skandal itu disusuli dengan beberapa klip video memaparkan isteri lelaki tersebut bersemuka dengan guru terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI