fbpx

Trump batal kontrak vaksin Moderna RM2.5 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TRUMP bercakap di White House semalam. – AFP

WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Donald Trump semalam  membatalkan kontrak bernilai AS$590 juta (RM2.5 bilion) dengan Moderna untuk membangunkan vaksin selsema burung, kata syarikat bioteknologi Amerika Syarikat(AS) berkenaan.

Ia menandakan tindakan terbaharu terhadap vaksin oleh Setiausaha Kesihatan Robert F. Kennedy Jr, yang telah berdekad-dekad mempromosikan maklumat salah tentang imunisasi.

Kontrak yang diumumkan pada 17 Januari lalu atau  tiga hari sebelum Trump memegang jawatan Presiden AS itu adalah untuk vaksin mRNA  yang menyasarkan strain influenza H5N1. Virus itu menular secara meluas dalam burung dan lembu di AS.

Pakar-pakar  telah memberi amaran bahawa virus H5N1  boleh melompat daripada haiwan kepada manusia dan mencetuskan pandemik.

Syarikat farmaseutikal dan bioteknologi Amerika,  Moderna mendedahkan berita itu ketika ia mengumumkan keputusan positif percubaan klinikal peringkat awal terhadap 300 orang bagi menguji keselamatan dan tindak balas imun vaksin prototaipnya.

“Walaupun penamatan pembiayaan daripada kerajaan menambah ketidakpastian, kami gembira mengumumkan keputusan positif  dalam analisis interim kajian Fasa 1/2 vaksin selsema burung H5 kami dan kami akan meneroka laluan alternatif  untuk ke hadapan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Moderna, Stephane Bancel dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Moderna akan  meneroka sumber kewangan alternatif untuk membiayai pembangunan dan pengeluaran vaksin tersebut. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI