fbpx

Soon Huat-Shevon jinakkan bintang China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOON HUAT (kanan) dan Shevon akan berdepan Dechapol-Supissara di suku akhir Terbuka Singapura esok.

KUALA LUMPUR – Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai mempamerkan ketenangan luar biasa apabila menyingkirkan gandingan berstatus elit dari China dalam pusingan kedua Terbuka Singapura hari ini.

Pasangan Malaysia itu hanya memerlukan dua set untuk mengejutkan Feng Yan Zhe-Wei Ya Xin 21-11, 21-19, sekali gus menafikan dominasi pasangan ‘super scratch’ yang dibarisi pemain No. 1 dan No. 2 dunia dalam kategori beregu campuran.

Feng merupakan gandingan tetap kepada Huang Dong Ping selaku beregu nombor satu dunia, manakala Wei Ya Xin pula rakan sepasukan Jiang Zhen Bang yang berada di ranking kedua dunia sekali gus menjadikan mereka antara kombinasi paling digeruni dalam kejohanan itu.

Namun, pengalaman dan ketajaman taktikal Soon Huat-Shevon menjadi penentu.

“Mungkin dari segi keserasian mereka belum cukup (hebat) sebab baharu digandingkan. Jadi kami ambil peluang itu sebagai kelebihan kami.

“Secara taktikal kami main lebih menyerang dan dari segi mental pula kami bersedia untuk mengharungi keadaan sukar di gelanggang,” kata Soon Huat selepas perlawanan.

Kemenangan itu melayakkan mereka ke suku akhir dan dijadual berdepan pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran iaitu juara Terbuka Malaysia 2025, hari ini.

Sementara itu, Shevon mengakui faktor angin yang kuat dalam dewan pertandingan menjadi cabaran besar kepada semua peserta, tetapi pengalaman membolehkan mereka cepat menyesuaikan diri.

“Walaupun masih ada sedikit kesilapan dan salah faham di gelanggang, saya rasa kami berdua menjalankan tugas dengan baik hari ini.

“Saya benar-benar ingin berikan penghargaan kepada Soon Huat kerana dia bekerja keras untuk kembali beraksi dan untuk dapatkan kemenangan seperti ini bukan sesuatu yang mudah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI