fbpx

Penggali kubur hilangkan RM100,150 sejak 2013 didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh Nazarudin mengaku tidak bersalah melakukan pecah amanah di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru. - Foto oleh BAAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Seorang bekas pegawai pemindahan wang yang melarikan duit lebih RM100,000 kira-kira 12 tahun lalu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Nazarudin Mahmud, 44, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang ketika itu bekerja sebagai pegawai ‘cash in transit’ sebuah syarikat kewangan melakukan pecah amanah wang tunai sebanyak RM100,150.

Kesalahan dilakukan di sebuah pasar raya di Bandar Seri Alam di sini pada pukul 2.08 petang, 31 Mei 2013.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 14 tahun dan sebatan serta denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Mamu memberitahu mahkamah tertuduh gagal dikesan selama ini sebelum ditahan polis selepas namanya tersenarai dalam rekod dikehendaki.

Lelaki itu diberkas dua hari lalu di sekitar bandar raya ini dan tidak pernah didakwa di mahkamah sebelum ini.

Tertuduh dalam rayuannya berkata, dia bekerja sebagai penggali kubur dengan pendapatan RM1,600 sebulan. Lelaki itu diikat jamin RM10,000 dan sebutan semula kes ditetapkan pada 30 Jun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI