fbpx

‘Sniper’ serang balai polis Narathiwat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesan tembakan pada salah sebuah tingkap di Balai Polis Chanae. - Abullah Benjakat

BANGKOK – Seorang anggota polis Thailand terbunuh, manakala dua lagi cedera terkena tembakan penembak jitu (sniper) tepat dalam serangan di sebuah balai polis, lapor portal berita Bangkok Post. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 8.45 pagi (waktu tempatan) semalam di Balai Polis Chanae dalam wilayah Narathiwat, Selatan Thai. 

Polis berkata, seorang lelaki bersenjatakan raifal penembak tepat melepaskan tembakan ketika anggota-anggota polis sedang berbaris untuk memberi penghormatan kepada bendera Thailand. 

Mangsa yang maut dikenali sebagai Sarjan Abdulloh Makaseng. Dia terkena tembakan pada bahagian kepala dan dada,  disahkan meninggalkan dunia tidak lama kemudian. 

Dua anggota polis lain parah, demikian menurut polis tempatan. 

Penyiasat forensik berkata, berdasarkan analisis peluru yang digunakan, penyerang menghampiri tempat kejadian dengan berjalan kaki sebelum melepaskan tembakan dari lokasi tersembunyi.

“Trajektori peluru membuktikan ini serangan yang dirancang,” kata polis.

Pihak berkuasa mengesyaki serangan itu dilakukan oleh kumpulan pemisah diketuai Hayuming-Sidi Putae yang  beroperasi di kawasan pergunungan daerah Chanae. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI