fbpx

Peminat ‘koyak’ Man. United kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar penyokong Manchester United dan ASEAN All-Stars saling memprovokasi seusai tamatnya perlawanan persahabatan antara kedua-dua pasukan di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

PETALING JAYA – Tular insiden perbalahan dan provokasi melibatkan penyokong Manchester United dan ASEAN All-Stars sejurus tamat perlawanan persahabatan antara kedua-dua pasukan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam tadi.

Menerusi satu hantaran di TikTok oleh pemilik akaun @fifty300, kelihatan segelintir penyokong kedua-dua pasukan saling berbalas kata dan terlibat dalam insiden menyimbah air berikutan rasa tidak puas hati dengan keputusan perlawanan 1-0 yang memihak kepada ASEAN All-Starsn dalam aksi Piala Cabaran tersebut.

“Salam 1-0, tipikal rakyat Malaysia. Bahagian terakhir paling koyak,” tulis pemilik akaun itu di ruangan kapsyen video berkenaan.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai netizen meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir penyokong yang didakwa mencetuskan ketegangan, sekali gus mencemarkan semangat kesukanan.

“Tidak perlu terlalu beremosi, kad pengenalan pun Malaysia, bukannya lahir di Manchester,” balas @asrapism.

“Terimalah kekalahan dengan hati terbuka,” kata @zhuanPES. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI