PETALING JAYA – Pemain Manchester United (MU), Joshua Zirkzee mencuri perhatian ramai apabila dilihat beratur di sebuah kedai nasi kandar popular di ibu negara sekitar pukul 3 pagi, kelmarin.
Menerusi satu video yang dikongsikan pengguna TikTok, @immerang, Zirkzee muncul di sebuah restoran mamak dengan memakai bonnet dan sabar menunggu giliran seperti pelanggan lain.
Aksi spontan penyerang tersebut berlaku sebelum MU mengalami kekalahan mengejut 0-1 kepada ASEAN All-Stars dalam saingan Maybank Challenge Cup yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam semalam.
Kemunculan mengejut bintang Liga Perdana Inggeris itu meraih pelbagai reaksi lucu daripada netizen.
“Kalau tak pakai baju MU, orang ingat dia tukang masak mamak dengan topi macam tu,” seloroh @Amy.
“Selalu kita tengok dia dekat mamak, sekarang dia pula lepak mamak,” kata @hnfzyn.
“Kalau dia tak pakai baju MU tu, jujurnya kita pun tak tahu siapa dia,” komen @fadhil. – KOSMO! ONLINE