fbpx

Pasangan pengantin berdoa 2 kiblat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pasangan pengantin berdoa dengan cara masing-masing di Indonesia. - Instagram

 

JAKARTA – Sepasang pengantin baharu di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila mereka berdoa di tempat sama tetapi dengan arah kiblat berbeza, lapor portal berita Lambe Turah semalam. 

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @infocirendeu menunjukkan pasangan pengantin berbeza agama itu sedang khusyuk berdoa. 

Apa yang menarik perhatian adalah cara mereka berdoa dan menghadap arah kiblat berbeza. 

Difahamkan, pengantin wanita merupakan penganut Kristian, manakala pengantin lelaki ialah  orang Islam. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Dalam Islam, berkahwin dengan orang berbeza agama adalah tidak sah,” kata seorang netizen. 

“Sejak bila Indonesia terima perkahwinan berbeza agama?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI