fbpx

Ops Gegar: Kelab hiburan digempur, 25 warga asing dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara warga asing yang ditahan dalam Ops Gegar pada serbuah di sebuah premis hiburan di Puchong, semalam.

PUCHONG – Sekumpulan warga asing di cekup dalam satu serbuan dilakukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor dalam Operasi Gegar, malam tadi.

Dalam operasi bermula pukul 10 malam itu, seramai 25 warga asing diberkas selepas pemeriksaan terhadap 75 individu di sebuah premis hiburan di Taman Bandar Puteri.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, dalam operasi berkenaan premis tersebut dipercayai cuba mengelak pemeriksaan apabila mengunci pintu dua lapis dari dalam.

Katanya, ia menyebabkan pihaknya terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba bagi memecah masuk premis berkenan.

“Pintu utama dan tingkat atas mempunyai banyak akses tersembunyi dan dikunci rapat.

“Namun kesemua mereka berjaya diberkas di tingkat bawah tanpa ada yang terlepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, operasi itu disertai oleh 13 pegawai dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas (Intelligent) Imigresen Selangor diketuai Timbalan Pengarah Penguat Kuasa Imigresen, Mohamed Firdaus Mohamed Abbu Bakar.

Katanya, warga Vietnam mencatatkan jumlah tertinggi dengan lapan lelaki, diikuti 11 lelaki warga Laos, empat wanita dari Thailand serta dua lelaki dari Bangladesh berusia 17 hingga 50 tahun.

“Antara kesalahan dikenal pasti termasuk di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu gagal memiliki pas atau permit yang sah untuk berada di negara ini.

“Serta di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas yang telah diberikan,” ujarnya.

Selain tangkapan katanya, sebanyak tiga saman saksi turut dikeluarkan sepanjang operasi itu.

“Tiada tangkapan melibatkan majikan direkodkan dalam operasi kali ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI