fbpx

Op Dadu: Operator ‘calling centre’ terima gaji sehingga RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syahrul Anuar (dua dari kiri) pada sidang akhbar di IPD Wangsa Maju, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Kesemua inidvidu yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian dalam talian di sebuah premis perniagaan di Jalan Tun Razak di sini semalam, dipercayai menerima bayaran gaji antara RM3,000 hingga RM5,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, maklumat tersebut diperoleh hasil rampasan dokumen slip pembayaran gaji bulan April 2025 menerusi Op Dadu yang dijalankan.

“Mereka (kesemua suspek) berperanan sebagai operator yang menarik ‘lead’ (pelanggan). Mereka menerima bayaran gaji secara tunai.

“Kita masih dalam siasatan bagi mengetahui sama ada pasaran mereka hanya luar negara atau turut menyasarkan pasaran tempatan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Syahrul Anuar berkata pihaknya sudah mengenal pasti pemilik premis dan akan memanggil individu berkenaan untuk merakam percakapan bagi membantu siasatan.

“Sekiranya pemilik premis itu tidak mahu memberi kerjasama, kita tidak akan teragak-agak untuk menahannya.

“Kita tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pemilik yang membenarkan premis mereka digunakan untuk aktiviti jenayah,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, kesemua suspek yang ditahan terdiri daripada 23 lelaki dan enam wanita tempatan serta seorang warga China, berumur lingkungan 20 hingga 27 tahun.

Kesemua yang ditahan bertindak sebagai pekerja di pusat panggilan terbabit.

Beliau berkata, kesemua ditangkap dibawa ke IPD Wangsa Maju untuk proses dokumentasi dan kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI