fbpx

Naik taraf LRA Pelubang capai 62.5 peratus, jangka siap hujung tahun 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAJA Shahreen (dua dari kiri) pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Tahunan BDB di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Projek naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang di Kubang Pasu mencatatkan kemajuan keseluruhan pembinaan 62.5 peratus melebihi sasaran asal 62.3 peratus.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB), Raja Shahreen Raja Othman berkata, dengan perkembangan Divisyen Kejuruteraan, Pembinaan dan Kuari (ECQ) syarikat itu, LRA berkenaan dijangka siap hujung tahun ini.

Katanya, BDB komited dalam memastikan projek berkenaan berjalan lancar di sebalik pelbagai kekangan sebelum ini sekali gus meningkatkan kebolehpercayaan bekalan air di kawasan tersebut.

“BDB komited dalam memastikan projek ini siap mengikut jadual ditetapkan dan setakat ini projek berkenaan sudah 43 hari melangkaui jadual asal. Bagi BDB tempoh itu adalah sasaran yang mesti kita capai.

“Apabila siap dan mula beroperasi kelak, loji ini dijangka mampu meningkatkan kapasiti bekalan air bersih kepada penduduk di Kubang Pasu dan Kota Setar, sekali gus menyelesaikan isu gangguan bekalan yang sering berlaku sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Tahunan BDB, di sini hari ini.

Beliau menambah, pencapaian tersebut menunjukkan perkembangan positif bagi projek berkenaan walaupun berhadapan beberapa cabaran daripada segi teknikal dan pengurusan sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI