PETALING JAYA – Tuah tidak menyebelahi Manchester United apabila pasukan terkenal itu sekadar mampu memberi tepukan penghargaan seusai perlawanan persahabatan yang memihak kepada pasukan ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam tadi.
Menerusi perkongsian di media sosial, barisan pemain Manchester United dilihat menerima keputusan perlawanan dengan hati terbuka dan tetap memberikan tepukan kepada penyokong serta pasukan lawan sebagai tanda sokong.
Sementara itu, pasukan ASEAN All-Stars bersorak gembira selepas merangkul kemenangan dan menjulang trofi sebagai tanda kejayaan mereka pada malam bersejarah tersebut.
Tinjauan dari ruangan komen, ramai yang meluahkan pelbagai reaksi sehinggakan ada yang kagum, geli hati dan tidak kurang juga yang menyindir prestasi pasukan terkenal tersebut.
“Bro (pemain Manchester United) kalah pada lawan yang hanya training (berlatih) dua hari,” kata @lukman rahim.
“Team (pasukan) MU datang jauh-jauh semata-mata untuk tepuk tangan,” komen @hazmikamel.
Jelasnya lagi, pasukan ASEAN berlainan negara dan bahasa tetap boleh bermain dengan baik kalahkan pasukan dari Eropah.
“Aduhai, dah sampai tahap kesian dah ni dekat MU,” ujar @Sabariah.husin69. -KOSMO! ONLINE