fbpx

Mereka masih cuti, tidak boleh ganti masa orang tengah cuti – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) menyifatkan tidak akan membuat sebarang rombakan Kabinet ketika Rafizi (kiri) dan Nik Nazmi (kanan) tengah bercuti.

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tidak boleh membuat sebarang rombakan Kabinet dalam masa terdekat memandangkan Menteri Ekonomi dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam sedang bercuti ketika ini.

Perdana Menteri berkata, susulan itu, sebarang pertukaran portfolio kementerian tidak boleh dilaksanakan ketika pemimpin berkenaan sedang bercuti.

“Mereka masih cuti, tidak boleh ganti orang masa tengah cuti,” katanya ringkas kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pertanyaan berhubung jangkaan masa yang mungkin diambil kerajaan bagi mengadakan rombakan Kabinet susulan pelepasan jawatan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli serta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad semalam.

Terdahulu, Rafizi mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa 17 Jun depan dan akan menghabiskan cuti tahunan sehingga tarikh akhir tersebut.

Beliau bercuti bermula semalam bagi menghabiskan baki cuti tahunan sehingga 16 Jun 2025.

Nik Nazmi mengumumkan telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, berkuat kuasa pada 4 Julai depan di mana akan mula bercuti mulai hari ini hingga 3 Julai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI