fbpx

Liga Konferens Eropah: Palmer arkitek kemenangan Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain Chelsea meraikan kejayaan menewaskan Real Betis pada aksi final awal pagi tadi. - Foto Facebook Chelsea

WROCLAW, Poland – Pemain sensasi Chelsea, Cole Palmer enggan dilabel sebagai wira selepas membantu pasukan menjuarai trofi Liga Konferens Eropah dengan menewaskan Chelsea 4-1 pada aksi final awal pagi tadi.

Kemenangan tersebut menghadiahkan trofi pertama dibawah era pemilik baharu, Todd Boehly yang sudah membelanjakan lebih £1.7 bilion (RM9.68 juta) sejak tiga tahun lalu.

Pada aksi tersebut, Palmer dilihat mempamerkan prestasi memukau dengan menjadi nadi utama jentera serangan walaupun tidak menjaringkan sebarang gol.

“Ini adalah perasaan yang istimewa untuk menjulang trofi pada penghujung musim. Harus diakui pada babak pertama prestasi pasukan tidak begitu baik, tetapi kita bangkit semula pada 45 minit terakhir.

“Apa yang berlaku hampir sama ketika bertemu Nottingham Forest kerana apabila pasukan tidak bermain dengan baik, kita tetap dapat menunjukkan karakter dan mentaliti juara,” kata bekas pemain Manchester City itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI