fbpx

Lelaki cuba letupkan kekasih maut, bom tangan terpelanting 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan tingkap kereta milik suspek yang pecah akibat letupan itu. - Viral Press

BANGKOK – Seorang lelaki di wilayah Surat Thani, selatan Thailand terbunuh apabila bom yang dilemparkan ke arah bekas kekasihnya, terpelanting semula, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Surapang Thongnak, 36, dilaporkan cuba membunuh bekas teman wanitanya, Kanonraphat Saowakhon, 28, selepas dia memutuskan untuk berpisah pada 25 Mei lalu. 

Beberapa saksi kejadian berkata, Surapang  memandu ke kediaman wanita itu sebelum merayu untuk kembali bersama. 

Lelaki itu berulang kali merayu beberapa tetapi ditolak, menyebabkan dia cuba menikam mangsa dengan gunting. 

Dia kemudian berlari ke keretanya dan mengambil sebutir bom tangan lalu melemparkan ke arah mangsa. 

“Bom tangan itu bagaimanapun terkena pada tiang konkrit dan melantun semula ke tanah. Ketika Surapang cuba mengambil grenad itu, ia meletup dan membunuhnya serta mencederakan empat orang,” kata saksi. 

Polis mendapati suspek terbaring dalam keadaan berlumuran darah dengan serpihan bom bertaburan di halaman rumah. 

Mangsa yang cedera termasuk Kanonraphat yang dibawa ke Hospital Tha Chana untuk rawatan lanjut.

Polis turut merampas 0.49 kilogram dadah jenis methamphetamine (meth) di dalam kereta suspek. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI