PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di Kedah, Perak, Johor, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 7 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, cuaca buruk itu di Kedah melibatkan kawasan Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
“Hujan lebat turut diramal di Perak termasuk kawasan Larut, Matang Dan Selama.
“Cuaca sama dijangka berlaku di Johor iaitu di Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” lapor MetMalaysia.
Bagi Sarawak, ribut petir dijangka melanda Kuching dan Samarahan (Samarahan) manakala Sabah melibatkan kawasan Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Sandakan. – KOSMO! ONLINE