fbpx

Josue harap tuah stadium sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOSUE

PENYERANG naturalisasi negara, Paulo Josue mengharapkan Stadium Kuala Lumpur, Cheras sekali lagi memberi tuah untuk meledak ke atas Cape Verde menjelang aksi persahabatan antarabangsa malam ini.

Sebagai rekod, Josue telah mempamerkan prestasi tersendiri ketika mewakili Kuala Lumpur City (KL City) apabila meraih anugerah kasut emas tempatan dengan 17 jaringan musim lalu.

Pemain kelahiran Brazil itu berkata, fokus utama sekarang adalah untuk memastikan pasukan bersedia seratus peratus sebelum mengharungi cabaran sebenar bertemu Vietnam pada kelayakan Piala Asia 2027, bulan depan.

“Saya sangat teruja untuk kembali ke Cheras selepas apa yang dipamerkan (bersama KL City) pada musim lalu.

“Bukan mudah untuk beraksi ketika saingan liga sedang berehat, tetapi kami tetap berharap dapat harungi perlawanan yang positif.

“Secara jujur, Cape Verde adalah pasukan yang berkualiti dan dalam fasa kelayakan ke Piala Dunia 2026.

“Mereka juga ada kelebihan berdasarkan ranking semasa dan ini adalah cabaran besar buat pasukan sebelum mengharungi aksi bertemu Vietnam,” katanya.

Sementara itu, Josue tekad untuk membalas kepercayaan barisan kejurulatihan selepas memberi mandat untuk menjadi penyerang utama Harimau Malaya sejak beberapa perlawanan lepas.

“Pada usia begini, kalau boleh saya mahu bermain di posisi No. 6 atau No. 8, tetapi barisan kejurulatihan berikan tugas untuk saya beraksi selaku penyerang sejak tahun lalu.

“Saya mengambil tanggungjawab itu sebagai cabaran dan harap saya dapat kekalkan momentum cemerlang,” kata pemain berusia 36 tahun itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI