fbpx

Harimau Malaya ikat negara ranking ke-72 dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arif Aiman memiliki beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol pada aksi sebentar tadi. - Foto AMIR KHALID/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Skuad Harimau Malaya meraih suntikan semangat apabila berjaya mengikat negara ranking ke-72 dunia, Cape Verde dengan keputusan seri 1-1 pada aksi persahabatan sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Kuala Lumpur, Cheras itu, skuad negara kendalian Peter Cklamovski membuat rombakan dalam kesebelasan utama dengan Safawi Rasid, Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim mengetuai jentera serangan.

Benteng negara terlebih dahulu dibolosi oleh serangan pasukan dari benua Afrika itu hasil penyudah menarik Sidny Carbal seawal minit ke-9.

Tersentak dengan gol tersebut, pasukan negara memperkemaskan jentera serangan dan melakukan beberapa siri percubaan tepat hasil rembatan Arif Aiman.

Namun, skuad Blue Sharks itu ternyata kebal apabila keputusan 1-0 berakhir pada babak pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, Arif Aiman terus membuktikan status selaku pemain terbaik negara apabila turut memiliki beberapa peluang keemasan tetapi masih gagal menerjah jaring.

Namun, perubahan taktikal Cklamovski dengan memasukkan Paulo Josue, Endrick Dos Santos dan Stuart Wilkin membuahkan hasil apabila Josue menjaring gol penyamaan pada minit ke-79.

Josue hampir meledak gol kemenangan buat pasukan negara pada penghujung saingan tetapi berjaya ditepis penjaga gol lawan dengan keputusan seri 1-1 kekal hingga wisel penamat.

Malaysia akan mengharungi satu lagi aksi persahabatan tertutup bertemu Cape Verde pada Selasa depan sebelum berdepan ujian sebenar menentang Vietnam sempena kelayakan Piala Asia 2027, 10 Jun nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI