fbpx

Dua ekor gajah musnahkan kebun penduduk ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua ekor gajah jantan yang ditangkap pihak Perhilitan di Kampung Pulai, Gua Musang semalam.- Foto PERHILITAN

GUA MUSANG – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap dua ekor gajah liar jantan yang memusnahkan kebun penduduk di Kampung Pulai di sini semalam.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, tangkapan gajah liar itu melegakan penduduk di kawasan terbabit yang mengalami kerugian berterusan akibat kemusnahan tanaman dan harta benda.

Katanya, Perhilitan menerima aduan pada Selasa lalu mengenai gajah liar yang berkeliaran dan memusnahkan tanaman kebun di sekitar Kampung Pulai.

“Seramai tujuh anggota dari Unit Tangkapan Gajah Kelantan menjalankan pemantauan dan seterusnya berjaya menangkap dua ekor gajah liar jantan semalam di kawasan terbabit.

“Operasi pemindahan dan pelepasan gajah liar ke habitat yang lebih sesuai dan selamat akan dijalankan dalam masa terdekat dengan bantuan kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, Pahang,” katanya.

Mohamad Hafid berkata, dianggarkan populasi gajah liar yang berada di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Papan dan HSK Ulu Galas dipercayai melebihi daripada 30 ekor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI