fbpx

Doakan Malaysia jadi Presiden UN Habitat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Delegasi negara di Nairobi, Kenya sedang berusaha menjadikan Malaysia sebagai Presiden UN Habitat bagi penggal 2025–2029.

PETALING JAYA – Delegasi Malaysia di Nairobi, Kenya sedang berusaha mencipta sejarah menjadi Presiden Persidangan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Habitat) bagi penggal 2025–2029.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming menerusi catatat di Facebook berkata, pelbagai strategi dan rancangan disusun sejak dua tahun lalu untuk mengangkat martabat Malaysia sebagai Presiden UN Habitat.

“Ia (strategi) termasuk mesyuarat dua hala bersama penyandang jawatan itu dari Mexico, tuan rumah ‘World Urban Forum 2026’ Azerbaijan dan rakan strategik Iran.

“Kor Ming turut menyampaikan ucapan dalam mesyuarat multilateral berkaitan perlaksanaan SDGs iaitu agenda pembangunan mampan yang dianjur bersama oleh Itali dan UN Habitat.

“Marilah kita mendoakan yang tebaik untuk negara yang kita cintai,” katanya hari ini.

Malaysia kini berada di peringkat akhir misi untuk membida jawatan Presiden UN Habitat bagi penggal 2025–2029.

Delegasi Malaysia diketuai Kor Ming kini berada di Kenya bagi mengadakan beberapa siri pertemuan dua hala di Ibu Pejabat UN Habitat.

Persidangan UN Habitat adalag badan pembuat keputusan peringkat tertinggi mengenai pembandaran mampan dan penempatan manusia dalam sistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Jawatan presiden dipegang secara bergilir dalam kalangan kumpulan serantau dalam sistem PBB. Presiden semasa dari Amerika Latin dan Caribbean diwakili oleh Mexico.

Presiden akan datang dari rantau Asia-Pasifik dan akan berkhidmat selama empat tahun sehingga 2029. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI