fbpx

Selamat Hari Wartawan, teruslah menjadi suara rakyat – Fadillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Demokrasi tidak dapat berfungsi dengan matang dan suara rakyat mungkin tenggelam dalam gelombang maklumat yang mengelirukan tanpa wartawan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, wartawan bukan sekadar penyampai berita, tetapi ‘mata’ yang melihat realiti.

“Wartawan ‘telinga’ yang mendengar denyut nadi rakyat dan pena yang mencorakkan pemahaman masyarakat terhadap perkara-perkara penting dan dasar kerajaan.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakan media tanah air atas komitmen dan pengorbanan kalian,” katanya dalam kenyataan sempena Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2025 hari ini.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, dalam landskap media yang kian mencabar, peranan wartawan yang berpegang kepada prinsip ketelusan, tanggungjawab dan integriti amat dihargai.

Beliau percaya media yang bebas dan bertanggungjawab adalah rakan strategik kerajaan dalam membina negara yang progresif, bersatu dan berdaya tahan.

“Selamat Hari Wartawan Nasional 2025. Teruskan menyuarakan kebenaran. Teruslah menjadi suara rakyat. Terima kasih sekali lagi atas jasa dan pengorbanan kalian semua,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI