fbpx

‘Bonda memang manja, berhenti banding suami sekarang dengan dulu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIFF meminta orang ramai memberi ruang dan berhenti mengecam sifat manja yang dimiliki Rozita.

PETALING JAYA – Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri menyifatkan ibunya, Bonda Rozita sebagai wanita yang sangat mesra dan cantik secara dari segi dalaman serta luaran.

Aliff atau nama penuhnya Aliff Syukri Kamarzaman, 38, berkata sifat manja Rozita bukan sesuatu yang aneh sebaliknya sudah sebati dengannya dirinya.

“Sebenarnya dia memang seorang yang romantik dan manja, lebih-lebih lagi sekarang memiliki suami yang melayan dirinya.

“Jadi, saya tak terkejut pun sebab memang tahu perangai dia begitu,” katanya dalam TikTok baru-baru ini.

Dalam masa sama, dia juga memohon orang ramai memberi ruang untuk ibunya yang juga usahawan menjalani kehidupan bahagia sebagai seorang isteri kepada Aidiamin Ahmad ketika ini.

Dia bahkan meminta agar tidak lagii terus membanding-bandingkan perkahwinan terkini Rozita dengan sebelum ini.

“Kali berilah peluang sikit pada bonda untuk bermesra. Janganlah asyik membanding-bandingkan bekas suami bonda dengan Abang Amin (suami terkini) sebab masing-masing ada karakter berbeza-beza.

“Mungkin suami sebelum ini bukan jenis melayan dan tak suka berada di depan kamera.

“Kita doa yang terbaik sahaja dan biarlah dia nak buat siaran langsung. Mungkin nak tunjuk juga suami dia, tak salah pun ingin manja-manja,” katanya lagi.

Pada Mac lalu, Rozita mengejutkan ramai apabila berkongsi foto bersama suami baharunya yang juga abang kepada pelakon Rebecca Nur Al-Islam dalam Instagram.

Tidak memberikan penjelasan secara terperinci, foto tersebut memaparkan gelagat mesra mereka di hadapan Kaabah yang dipercayai sedang menunaikan umrah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI