fbpx

Berantakan selepas raih kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CONTE berjaya membantu Napoli kembali merangkul gelaran Serie A musim ini sekali gus Scudetto kedua dalam tiga musim terakhir. - AFP

NAPLES – Masa depan jurulatih Napoli, Antonio Conte berada dalam keadaan samar selepas presiden, Aurelio De Laurentiis seolah-olah memberi gambaran bahawa bekas pengendali Chelsea itu tidak gembira.

Walaupun sudah membantu pasukan itu memenangi Serie A musim ini, namun ada khabar angin yang mendakwa Conte tidak mahu kekal bersama Napoli dan sedia untuk mencari cabaran baharu pada saingan musim depan.

De Laurentiis berkata, beliau tidak ada sebarang masalah sekiranya mana-mana jurulatih mahu ‘angkat kaki’ daripada pasukan itu kerana menganggap Napoli sudah berdepan dengan situasi tersebut sebelum ini.

“Bagi saya, ia bukan sesuatu yang rumit kerana jika seseorang itu tidak gembira dengan suasana sekeliling, dia hanya perlu mengubah angin, sama seperti yang dilakukan Luciano Spalletti.

“Saya menghormati Conte dan berterima kasih kepada beliau kerana dapat mengembalikan gelaran Scudetto. Ia bukan sesuatu yang mudah untuk memenangi Serie A dua kali dalam tempoh tiga tahun,” katanya.

Tambah Laurentiis, beliau tidak pernah menghalang mana-mana jurulatih untuk meninggalkan Napoli, sama seperti pendekatan yang digunakan ketika Spalletti mahu mengubah angin selepas membantu Napoli memenangi liga pada 2023.

“Saya sudah lama mengikuti perkembangan Conte dan ketika bertemu di Maldives sebelum ini, masing-masing sudah menunjukkan persefahaman dan hormat. Saya menerima apa sahaja keputusan beliau,” ujarnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI