fbpx

AS sokong Malaysia selaku Pengerusi ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled dan Samuel J. Paparo mengadakan pertemuan di Wisma Pertahanan di ibu negara hari ini.

PETALING JAYA – Amerika Syarikat (AS) menyatakan komitmen untuk terus menyokong Malaysia selaku Pengerusi ASEAN.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dalam konteks pertahanan pula, AS akan menyokong segala inisiatif Malaysia melalui platform Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM-Plus)

“Hubungan dan kerjasama pelbagai negara termasuk bersama AS cukup penting bagi memastikan rantau Indo-Pasifik kekal aman, stabil dan selamat.

“Kedua-dua buah negara komited meningkatkan keberkesanan usaha-usaha dalam kerjasama keselamatan dan perkongsian maklumat serta pembinaan kapasiti, melalui lebih banyak peluang latihan dan eksesais ketenteraan bersama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Mohamed Khaled berkata, kepentingan strategik rantau Indo-Pasifik membawa kepada pertemuan beliau bersama Panglima Pemerintah Indo-Pasifik AS, Laksamana Samuel J. Paparo.

Menurutnya, Samuel kini berada di Malaysia untuk lawatan dua hari dan turut dijadualkan untuk pertemuan dan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Malaysia merakamkan penghargaan kepada AS kerana membantu menjayakan penganjuran LIMA’25 baru-baru ini melalui penglibatan beberapa aset utama miliknya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI