fbpx

Anthony Loke jumpa PM, kekosongan menteri tidak dibincang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke ketika sidang media selepas hadir Mesyuarat Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan BIL. 1/2025 di Hotel Le Meridien Putrajaya di sini, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Bagaimanapun, katanya, pertemuan berlangsung sekitar 2 petang tadi itu tidak membincangkan isu kekosongan dua jawatan menteri.

“Ya. Ada perjumpaan dengan Perdana Menteri tadi, pada pukul 2 tadi. Saya tidak dimaklumkan ada perubahan menteri.

“Perdana Menteri kata Menteri Pengangkutan kekal,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan di sini, hari ini.

Sebelum ini, Anwar menjelaskan tiada sebarang rombakan Kabinet akan dilakukan dalam masa terdekat susulan pengunduran Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

Semalam, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan meletak jawatan sebagai menteri berkuat kuasa 17 Jun ini diikuti Ahli Parlimen Setiawangsa yang mengambil langkah sama berkuat kuasa 4 Julai depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI