fbpx

Akmal Nasir terus galas tanggungjawab timbalan menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKMAL Nasrullah Mohd. Nasir (dua kiri) bersama Datuk Rafizi Ramli (dua kanan) semasa Majlis Perasmian Kongres Nasional PKR yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru, minggu lalu.

JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir enggan mengikut jejak langkah Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang meletak jawatan dalam jemaah menteri pasca Kongres Nasional PKR, minggu lalu.

Sebaliknya, Akmal Nasrullah yang juga Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air akan terus menggalas tanggungjawab itu hingga akhir penggal kerajaan pusat.

Bagaimana katanya, beliau menerima keputusan Rafizi dan Nik Nazmi kerana mereka berpegang teguh pada prinsip dan kata-kata.

“Saudara Rafizi Ramli baru sahaja mengumumkan peletakan jawatannya dan disusuli saudara Nik Nazmi sebagai anggota Jemaah Menteri Persekutuan.

“Segala tunjuk ajar serta teladan yang diberikan (kepada saya) akan terus menjadi pedoman untuk jalankan amanah dan tugas dalam masa yang berbaki ini,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya, hari ini.

Tambah Akmal Nasrullah, Rafizi dan rakan-rakannya cekal mempertahan asas perjuangan parti walaupun terpaksa menongkah arus melalui Jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi dalam Ujian Kuasa (HIRUK).

“Sejujurnya, bukan sahaja parti tetapi negara kehilangan pmimpin yang progresif dan futuristik. Tatkala negara akan terus hadapi cabaran yang sukar pada masa yang mendatang, roh semangat perjuangan Rafizi dan Nik Nazmi akan terus bersama kita semua,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI