fbpx

‘10 tahun kenal, Syafiq Kyle sebenarnya anak emak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mimi mendedahkan suaminya, Syafiq Kyle seorang anak mak.

PETALING JAYA – Selepas sedekad menyulam cinta hingga ke jenjang pelamin, pelakon Mimi Lana mendedahkan sisi sebenar suaminya, Syafiq Kyle yang disifatkan sebagai ‘anak emak’.

Menerusi video dalam TikTok, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 30, turut berkongsi tentang hubungan akrab bersama ibu mentua tersayang yang sudah lama mengenali dirinya sejak mula bercinta dengan Syafiq.

“Saya dah lama kenal keluarga Syafiq sebab kami bercinta dah 10 tahun.

“Ibu Syafiq sangat baik dan lembut orangnya. Dia sangat memahami perangai kami berdua. Naik turun hubungan pun dia tahu.

“Syafiq sebenarnya anak mak,” katanya.

Pelakon drama First Wives itu juga sempat berkongsi sisi peribadi ibu mentuanya yang cukup rajin memasak terutamanya ketika musim perayaan.

Air tangan wanita itu kata Mimi sering menjadi pengubat rindu setiap kali pulang ke kampung.

“Saya selalu tanya ibu Syafiq fasal memasak sebab dia memang handal dalam bab itu.

“Tapi saya lebih memilih untuk makan masakan mak mentua saya berbanding masak sendiri sebab yelah bila balik kampung, kita lebih suka makan makanan mak masak. Air tangan mak itu berbeza.

“Banyak resipi yang bakal saya minta dengan ibu mentua saya nanti,” ujarnya.

Terdahulu, pasangan tersebut mencetuskan teka-teki apabila Syafiq memuat naik gambar tangan mereka yang disarungkan dua bentuk cincin.

Desas-desus itu akhirnya terjawab selepas sumber rapat mengesahkan mereka sudah bernikah sekitar Februari lalu.

Sebelum ini, Syafiq dan Mimi sepatutnya mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos 2023, namun majlis tersebut dibatalkan atas sebab yang tidak diperincikan.

Bagaimanapun, kedua-duanya ketika itu kekal berkawan baik serta profesional dalam kerjaya seni. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI