fbpx

Tiga lelaki simbah cat luar rumah dijel 12 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Perbuatan khianat tiga lelaki yang menyimbah cat di luar rumah seorang individu sehingga terkena pada kereta dan motosikal, membawa padah apabila mereka dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret S. Mageswary menjatuhkan hukuman itu masing-masing terhadap Chin Zi Ping, 34, Tieu Boon Chow, 34 dan Oii Hong Leong, 38, selepas kesemuanya mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan.

Mengikut pertuduhan mereka masing-masing didakwa telah dengan sengaja melakukan khianat dengan menyimbah cat diluar rumah seorang lelaki, kereta jenama Axia dan sebuah motosikal jenama Yamaha Y135 sehingga menyebabkan kerugian RM10,000.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di daerah Brickfields di sini pukul 4.50 pagi pada 29 Mac lalu yang didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara tidak kurang setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu peguam Nurul Diyana Basher dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili ketiga-tiga tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan pemenjaraan yang singkat dengan alasan ketiga-tiga tertuduh mempunyai tanggungan keluarga.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Mohamad Poad memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kerugian yang dialami oleh mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI