fbpx

Tercekik makanan, susu punca bayi maut di taska

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mengesahkan punca kematian seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan yang ditemui tidak sedarkan diri di sebuah taska di Taman Danau Kota, di sini, akibat tercekik makanan dan susu.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan punca kematian seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan yang ditemui tidak sedarkan diri di sebuah taska di Taman Danau Kota, di sini, akibat tercekik makanan dan susu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, perkara itu disahkan menerusi laporan hasil bedah siasat dijalankan terhadap mangsa.

“Punca kematian bayi berkenaan adalah akibat tercekik makanan dan susu” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muammar Adli ditemui tidak sedarkan diri di sebuah taska di Taman Danau Kota, di sini, sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 11.08 pagi, kelmarin.

Syahrul Anuar dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada bapa bayi itu kira-kira pukul 1.26 tengah hari.

Katanya, siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Sementara itu, taska terbabit disahkan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ketua Pengarah JKM, Datuk Che Murad Sayang Ramjan berkata, taska berkenaan sudah memperbaharui pendaftaran dengan JKM Kuala Lumpur pada 24 Januari lalu hingga 23 Januari 2030.

“Berhubung kejadian berkenaan, JKM sudah menghubungi pihak polis untuk mendapatkan maklumat awal berkaitan kes itu.

“Setakat ini taska berkenaan masih beroperasi dan JKM akan menjalankan siasatan secara telus membabitkan kejadian itu,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Che Murad berkata, taska terbabit mempunyai kapasiti penjagaan kanak-kanak seramai 51 orang dan ketika siasatan untuk pendaftaran, jumlah kanak-kanak di premis berkenaan adalah 36 orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI