fbpx

Terbuka Singapura: Hasrat Hon Jian-Haikal tidak kesampaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HON Jian-Haikal terpaksa menerima hakikat tersingkir di pusingan pertama Terbuka Singapura selepas tewas kepada Shetty-Rankireddy. - ISKANDAR ISHAK

KUALA LUMPUR – Hasrat beregu lelaki muda negara, Choon Hon Jian-Haikal Nazri untuk melakar kejutan pada Kejohanan Badminton Terbuka Singapura tidak tertunai apabila tersingkir seawal pusingan pertama.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura hari ini, gandingan No.41 dunia itu terpaksa akur tewas straight set 16-21, 13-21 kepada jaguh India, Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy.

Turun menentang bekas beregu No.1 dunia, Hon Jian-Haikal beraksi tanpa sebarang tekanan, namun masih belum mampu untuk menangkis serangan dilakukan Shetty-Rankireddy yang memiliki kelebihan fizikal.

Tambahan pula, perlawanan itu merupakan pertemuan sulung kedua-dua pasangan di pentas antarabangsa, sekali gus menyebabkan berengu negara kurang arif dengan corak permainan gandingan India itu.

Meskipun tewas, namun sekurang-kurangnya Hon Jian-Haikal sudah cuba untuk memberikan tentangan sengit kepada Shetty-Rankireddy, terutamanya di set pertama di mana mereka tewas 16-21.

Terbuka Singapura merupakan kejohanan keempat buat pasangan negara itu pada saingan musim ini selepas terpaksa berehat panjang gara-gara kecederaan yang dialami Haikal dalam sesi latihan hujung tahun lalu.

Justeru, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka untuk menyesuaikan diri dengan sistem permainan baharu yang cuba diterapkan ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi.

Selepas ini, Hon Jian-Haikal perlu melakukan persiapan bagi menghadapi kejohanan seterusnya, iaitu Terbuka Indonesia yang dijadualkan berlangsung di Jakarta bermula 3 hingga 8 Jun depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI