fbpx

Sultan Brunei dinasihat tidak terima pelawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Brunei bersama Anwar dalam satu majlis sebelum ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri memaklumkan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur akibat keletihan semalam berada dalam keadaan baik.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Sultan Hassanal kini dinasihatkan oleh doktor untuk berehat.

“Ketika ini, Baginda ditemani oleh Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

“Sehubungan itu, pihak perubatan telah menasihatkan agar Baginda Tuanku untuk tidak menerima sebarang pelawat buat masa ini, kecuali daripada keluarga Diraja Brunei sahaja, demi memastikan proses pemulihan dapat berjalan dengan lancar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Anwar memaklumkan beliau bersama isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah menziarahi baginda.

Susulan itu, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama mendoakan semoga Baginda Tuanku dikurniakan afiyah sesegera mungkin serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI