fbpx

‘Saya alami sedikit pendarahan tapi bukan sebab hamil’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amyra menafikan dirinya kini hamil.

KUALA KUMPUR – “Saya mengalami sedikit pendarahan, tetapi bukan komplikasi hamil.”

Demikian perkongsian pelakon Amyra Rosli yang tak menyangka mengalami pendarahan akibat mengangkat barang berat selepas beberapa hari suaminya, Amar Bahrin bertolak ke Mekah.

Amyra atau nama lengkapnya Nur Amira Izzati Rosli, 33, menjelaskan bahawa pendarahan tersebut bukan komplikasi berkaitan kehamilan.

“Kejadian ini berlaku beberapa hari selepas Amar bertolak. Pada waktu sekarang, saya tidak mengandung.

“Namun pada awalnya, keadaannya kelihatan seolah-olah menuju ke arah itu. Saya mengalami sedikit pendarahan. Apabila saya berjumpa doktor, dia memaklumkan bahawa pendarahan itu mungkin disebabkan ketidakseimbangan hormon.

“Pendarahan itu memang tidak serius. Doktor sendiri menegaskan tidak berkaitan dengan kandungan atau kehamilan yang aktif.

“Doktor tidak dapat memberikan jawapan pasti, tetapi syukur, ia bukan sesuatu yang serius,” katanya kepada Kosmo! Online semasa majlis sidang media dan pelancaran Amber Oasis Abaya di ibu kota, hari ini.

Pelakon drama Nur itu turut mengakui berasa pelik kerana mengalami pendarahan walaupun belum tiba waktu haid.

Namun, tidak membuat sebarang pemeriksaan lanjut kerana pendarahan itu tidak lagi berlaku selepas pengambilan ubat.

“Pendarahan itu berlaku selama lebih kurang lima hari sahaja.

“Yang membuat saya berasa hairan, bukan pendarahan haid kerana tempoh haid saya ketika itu belum tiba. Sebab itulah saya mengambil keputusan untuk berjumpa doktor.

“Pada awalnya, saya ingat permulaan kitaran haid tetapi pendarahannya tidak seperti biasa. Menurut doktor, situasi ini boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya keletihan melampau atau ketidakseimbangan hormon.

“Namun saya tidak melakukan sebarang rawatan susulan kerana selepas beberapa hari, pendarahan itu berhenti dengan sendiri. Oleh itu, saya fikir keadaan sudah pulih,” katanya.

Amyra juga berkata, dia tidak terlalu berkongsi secara terperinci kepada suaminya kerana tidak mahu menganggu fikirannya.

“Saya ada berkongsi perkara ini dengan Amar, tetapi tidak secara mendalam. Saya tidak mahu dia terlalu risau, lebih-lebih lagi ketika dia tiada di sisi dan dalam misi berbasikal menuju Tanah Suci,” katanya.

Sebelum ini, Amyra dan Amar melangsungkan perkahwinan pada November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 8, dan Ayra Aryssa, 4 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI