fbpx

Polis siasat punca kematian bayi 7 bulan di taska

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis sedang menyiasat punca kematian bayi tujuh bulan tersebut.

KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat punca kematian seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan di sebuah taska di Taman Danau Kota, di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Syahrul Anuar Abdul Wahab, laporan polis telah dibuat oleh bapa kandung mangsa di Balai Polis Setapak kira-kira pukul 1.26 tengah hari.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 dan proses bedah siasat sedang dijalankan ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, siasatan lanjut berhubung kes berkenaan kini sedang dijalankan oleh Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Kontinjen Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI