fbpx

‘Pocong’ menangis kena rasuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita berpakaian seperti pocong itu dirasuk ketika cuba menakutkan rakan-rakannya. - TikTok

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia mengundang perhatian ramai apabila dirasuk selepas cuba menakut-nakutkan rakannya dengan menyamar sebagai pocong, lapor portal berita Suara Sulsel semalam. 

Kejadian berlaku di Makassar, wilayah Sulawesi Selatan. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok memaparkan wanita itu memakai kain telekung dan mengenakan solekan untuk kelihatan seperti pocong. 

Dia berbuat sedemikian untuk merakam video kandungan seram demi menghiburkan pengikutnya di media sosial. 

Situasi tenang bertukar cemas apabila dia tiba-tiba berkelakuan aneh dan menangis. 

Masih belum jelas bagaimana video itu berakhir, namun rakaman itu mencatatkan lebih 1.5 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Kenapa mesti dilakukan semasa maghrib?” kata seorang netizen. 

“Saya tidak jadi membuang air selepas menonton video ini,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI