fbpx

Penyokong Chelsea, Real Betis merusuh menjelang final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota-anggota polis cuba meleraikan penyokong Chelsea di Wroclaw semalam. - Mirror UK 

WARSAW – Rusuhan tercetus antara penyokong dua kelab bola sepak di Poland menjelang perlawanan akhir Liga Konferens Europa antara pasukan Chelsea dan Real Betis, lapor akhbar The Sun UK. 

Kejadian berlaku di Market Square dekat bandar Wroclaw, semalam. 

Rakaman kejadian di media sosial menunjukkan pertempuran sengit di antara penyokong Britain dan Sepanyol di hadapan bar dan restoran. 

Sekumpulan pemuda dilihat memecahkan kerusi serta melemparkan gelas ke arah penyokong Real Betis yang berlindung di bawah kanopi. 

Anggota-anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong Chelsea untuk menghentikan rusuhan tersebut. 

“Pegawai polis bertindak segera ke atas rusuhan, menyebabkan tiada lagi konflik atau tingkah laku negatif berterusan.

“Penyokong segera berlari ke arah berbeza. 

“Anggota-anggota polis dari jabatan jenayah sedang mengenal pasti penyerang utama dengan melihat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV),” kata polis tempatan.

Lebih 70,000 penyokong dijangka berkumpul di bandar Wroclaw untuk menyaksikan The Blues cuba menjulang trofi perlawanan akhir Liga Konferens Europa awal pagi esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI