fbpx

Penduduk ‘berjemaah’ kebas lebih 9 tan mangga beracun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan orang ramai menggali tanah untuk mengambil mangga. - TikTok

JAKARTA – Satu klip video tular memaparkan penduduk berpusu-pusu mengutip buah mangga yang sudah dibuang dan tercemar dengan bahan kimia di sebuah tapak pelupusan di wilayah Sumatera Utara, lapor portal Berita Satu. 

Kejadian berlaku di Asahan dekat daerah Tanjung Balai, semalam.

Pihak berkuasa bersama Pusat Kuarantin Haiwan, Ikan dan Tumbuhan Sumatera Utara pada awalnya melupuskan 9.3 tan mangga yang diimport dari Thailand. 

Mangga-mangga tersebut ditanam lalu disembur racun untuk mempercepatkan proses pembusukan serta mencegah bijinya daripada berbuah kembali. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @incekrasyid menunjukkan orang ramai termasuk kanak-kanak berebut mengambil buah yang tercemar. 

Bahkan, mereka sanggup menggali tanah dan meletakkan buah itu di dalam plastik serta beberapa guni yang dibawa dari rumah. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 320,900 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Nanti kena keracunan jangan salahkan orang,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI