fbpx

Mayat kanak-kanak ditemui terapung di Sungai Skudai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat kanak-kanak perempuan ditemui terapung di Sungai Skudai, Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Mayat seorang kanak-kanak perempuan ditemui terapung di Sungai Skudai di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Sing Mahindar Singh berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu kira-kira pukul 9.41 pagi daripada seorang lelaki tempatan berumur 70 tahun.

Katanya, siasatan awal mendapati mayat kanak-kanak perempuan itu dipercayai berusia antara lima hingga tujuh tahun.

“Siasatan awal mendapati mayat tersebut dipercayai seorang kanak-kanak perempuan. Ketika ditemui, mangsa memakai gelang kaki pada kaki kiri yang tertera logo ‘Love’ serta tulisan ‘IV’.

“Identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyedari kehilangan anak atau ahli keluarga yang sepadan dengan keterangan mangsa diminta tampil membuat laporan polis.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di talian 07-5563122 bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Kanan Bomba Shahril Suboh berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 10.28.

“Pihak bomba menerima panggilan tersebut sebelum satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dengan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi yang terletak sejauh 12 kilometer,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI