fbpx

Maut dirempuh ketika cuba alih tangga di tengah jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai polis menjalankan siasatan di lebuh raya M1 di West Yorkshire, England. - YappApp

LONDON – Seorang lelaki maut dirempuh sebuah kereta kereta ketika cuba mengambil tangga panjang yang terjatuh daripada kenderaannya di sebuah lebuh raya di Britain, lapor akhbar The Sun UK semalam. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 1.30 tengah hari (waktu tempatan) di lebuh raya M1 yang menghubungkan London ke Leeds pada 21 Mei lalu. 

Polis Yorkshire Barat berkata, mangsa berusia 67 tahun, dirempuh kereta jenis Toyota Rav 4.

“Mangsa dilanggar ketika cuba mengambil tangga yang terjatuh daripada bumbung Ford Ranger miliknya. 

“Dia dibawa ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian,” tambah polis. 

Polis meminta saksi yang menyaksikan kemalangan itu untuk tampil memberi keterangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI