fbpx

‘Mana tahu kalau Allah..’ – Nora Danish nafi rujuk dengan Nedim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nora nafi bakal rujuk semula dengan bekas suami, Nedim Nazri.

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Nora Danish menafikan dakwaan yang mengatakan kononnya dia bakal rujuk dengan bekas suaminya, Nedim Nazri.

Menurut Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd. Danish Hanif, 43, dia dan Nedim tidak boleh hidup bersama sebagai suami isteri namun masih tetap menjaga ukhuwah sebagai ibu dan bapa kepada anak mereka, Neyqal.

“Dakwaan tersebut tidak benar. Saya dan Nedim adalah ‘soulmate’. Kami memang tak boleh bersama tetapi memahami masing-masing.

“Kalau ada masalah kami akan bincang bersama. Untuk kembali hidup bersama sebagai suami isteri saya rasa tidak.

“Tetapi itulah tak boleh juga kata tidak kerana mana tahu kalau Allah kata memang dia jodoh saya selepas ini,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi abaya terbaru daripada Amber, di sini, sebentar tadi.

Tambah pelakon filem Gila-Gila Pengantin Popular itu lagi, dia tidak menutup pintu hatinya untuk kembali berumah tangga.

“Kehidupan sebagai manusia mestilah nak kena berpasangan. Sama juga seperti saya yang inginkan pasangan untuk menjalani kehidupan di dunia yang penuh dengan ujian ini. Jalanilah kehidupan ini bersama-sama barulah tak boring (bosan),” ujarnya.

Untuk rekod Nora dan Nedim sah bercerai talak satu pada 19 Jun tahun lalu selepas tujuh tahun hidup bersama.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl, 7. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI