fbpx

Man. United enggan kecewakan peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMORIM enggan peminat terus kecewa dan mamasang impian untuk meraih kemenangan pada aksi Piala Cabaran kali ini.

KELAB gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United berpeluang untuk menjulang trofi Piala Cabaran apabila bertemu ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Pengurus United, Ruben Amorim mengakui enggan mengecewakan penyokong setia The Red Devils dengan menyasarkan kemenangan pada aksi persahabatan menentang barisan pemain bertaraf bintang di rantau Asia Tenggara.

Kata Amorim, kemeriahan dan sokongan penuh yang diberikan oleh ribuan peminat di Malaysia perlu dibalas dengan mempamerkan aksi terbaik meskipun perlawanan itu dianggap sebagai penutup tirai musim ini.

“Kami jangkakan sokongan yang penuh daripada peminat serantau kerana tidak kira bermain di Stadium Old Trafford atau di sini, kita akan tetap berikan sepenuh jiwa.

“Mengenai jangkaan, saya rasa sudah menjadi tanggungjawab pasukan untuk pamerkan prestasi terbaik dan menilai semula keupayaan pasukan sebelum kita mengharungi musim panas nanti.

“Kita telah membawa semua pemain utama termasuk beberapa tonggak muda daripada akademi yang mungkin kita berikan peluang untuk diturunkan,” katanya pada sidang media praperlawanan semalam.

Sementara itu, pemain tengah United, Mason Mount turut senada dengan jurulatihnya dengan berharap pasukan dapat melakar kemenangan meskipun masih penat selepas mengharungi perjalanan yang panjang untuk ke Malaysia.

“Segalanya berlaku agak pantas dan kami seperti tidak percaya apabila pasukan sudah berada di sini. Namun, apabila kita mewakili pasukan sudah tentu kita mahukan kemenangan.

“Walaupun masih kepenatan, kita harus menghargai sokongan peminat kerana bukan selalu kita boleh berada di sini,” kata pemain berusia 26 tahun itu.

United telah dikritik hebat sepanjang musim ini apabila gagal mempamerkan prestasi konsisten selepas menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga ke-15.

Lebih malang, impian United untuk layak ke kancah Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan tidak kesampaian selepas tewas 0-1 kepada Tottenham Hotspur dalam aksi final Liga Europa minggu lepas.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI