fbpx

Kutip sisa makanan cara gelandangan berjaya hidup di KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan seorang lelaki gelandangan mengutip makanan yang dibuang di medan selera demi kelangsungan hidup.

PETALING JAYA – Seorang lelaki menjalani kehidupan sebagai gelandangan demi kelangsungan hidup, termasuk menjadikan kereta sebagai tempat tinggal dan mengutip makanan yang dibuang di medan selera.

Menurut satu perkongsian di Threads oleh @Zwingzang , dia telah menjalani kehidupan sebegitu sejak tahun 2015 bukan kerana pilihan, tetapi kerana keperluan.

“Saya mandi di hospital atau stesen minyak, kutip makanan yang dibuang dari medan selera, dan baju saya cuci sambil mandi. Kereta saya pula jadi rumah,” katanya dalam ruangan kapsyen.

Kehidupan seperti itu membolehkan dia terus menghadiri kelas dan bekerja, meskipun tanpa sokongan kewangan daripada keluarga.

“Janji boleh hidup, kalau tak buat macam ini dengan gaji cukup-cukup sahaja. Sekurang-kurangnya dengan cara ni saya boleh ada simpanan walau sedikit.

Tambahnya, dia tidak lagi melihat kemiskinan sebagai satu beban.

“Tak ada satu pun dari cara hidup ni adalah matlamat akhir saya. Saya hidup gelandangan ini bukan saya seorang sahaja ramai lagi di luar sana, termasuk kawan-kawan rapat saya, yang buat perkara sama,” katanya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai, yang turut bersimpati dengan nasib lelaki tersebut yang menjalani kehidupan sebegitu.

“Selalu tengok orang luar negara sahaja buat macam ini. Wujud juga ‘lifestyle’ seperti ini di Malaysia. Tak tidur dekat pusat gelandangan ke?,” kata @Ainsyak7.

“Saya juga pernah melalui perkara yang sama tapi tidaklah sampai kutip makanan. Sepanjang saya susah, saya cuba untuk menjadi lebih baik. Kenapa tak berubah semenjak 2015?,” kata @Mia_hines23.

“Maaf, tak setuju bab kutip makanan dekat tong sampah. Melampau dah kira pengotor. Susah macam mana ada sahaja jalan nak makan walaupun nasi kosong,” kata @Risatuty. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI