PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di Sabah dan Sarawak hingga pukul 5 petang ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan lebat dijangka melanda di Sarawak sekitar kawasan Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
“Amaran cuaca buruk tersebut turut dikeluarkan di Sabah termasuk kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat),” katanya. -KOSMO! ONLINE