fbpx

[VIDEO] ‘Glory Glory Man. United’ bergema di Bukit Jalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peminat Manchester United hadir ke stadium pada perlawanan Manchester United menentang ASEAN All Stars pada Piala Cabaran 2025 di Stadium Bukit Jalil di sini, hari ini. Foto ISKANDAR ISHAK/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Hampir 70,000 peminat setia Manchester United dijangka hadir menyaksikan aksi Piala Cabaran menentang ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Suasana di pekarangan SNBJ sangat meriah dengan kehadiran penyokong yang majoriti menyarung jersi keramat The Red Devils berwarna merah sebagai tanda sokongan.

Meskipun perlawanan berlangsung pada hari bekerja dengan cuaca panas, ia tidak menghalang peminat-peminat serantau Asia Tenggara untuk hadir seawal pukul 4 petang tadi.

Kehadiran United ke Kuala Lumpur kali ini boleh dianggap sebagai pengubat rindu selepas kali terakhir menjejakkan kaki ke Malaysia pada perlawanan pramusim 2009.

Peminat Manchester United dari Sarawak, Sarah (kiri), Amesya (tengah) dan Assyaahab (kanan) hadir hari ini. Foto ISKANDAR ISHAK/KOSMO!

Sebagai rekod, United mengharungi musim hambar tanpa sebarang trofi dan menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di kedudukan ke-15.

Esok, United akan berlepas ke Hong Kong untuk mengharungi aksi persahabatan kedua sebelum menutup tirai musim ini secara rasmi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI